Friday, December 16, 2011

Tolonglah sayang :)

Aku marah sebab sayang, Aku cemburu aku sayang! Bukan aku benci atau tidak. Aku percaya dkt kau. Semua gara gara sahabat lebih setahun kau tu :'/ Kau tak terima kenapa kau text dia. Maafkan aku sayang. Aku buat benda tu semua tanpa kebenaran kau. Hati meronta ronta nak tahu. Maafkan aku. Aku menyesal. Kalau aku tahu, aku tak buat benda tu. Aku ada bagitahu kau yang aku cemburu tapi aku tak dapat luahkan. Sebab aku tknak keruhkan air yang baru sahaja kita jernihkan. Tapi hanya disebabkan bendaa kecil, kau buat endah tak endah. Aku macam tak wujud. Tak guna sayang kau buat aku mcm tu. Hati aku nie tak dapat nak jatuh benci dkt kau. Semuanya kerana sayang. Aku senyum dan cuba ceriakan hati aku yang penuh rasa sebak. Aku taknak keluarkan melalui airmata. Tapi akhirnya tertumpah jgk. Aku takut kehilangan kau. Takut sangat. Yer kau sangat penting. Mak pesan jangan menangis kerana seorang lelaki. api sekasar kasar diri, hati aku tetap lembut. Senang pecah tanpa ragu ragu :'(

Sayang, kau tahu ape yang aku nak. Aku tahu ape yang kau mahukan. hidup tak bermakna tanpa rasa cinta. Itu kata orang sayang. Maafkan aku lagi sekali, aku terlalu cerewet tentang segala hal sehinggakan perasaan kau aku letakkan digenggaman tangan aku. Esok dan selama lamanya aku berjanji perasaan kau akan aku jaga. Perasaan aku? Aku tak kisah :) Malam yang penuh rasa bersalah, Hati yang penuh rasa cemburu. Hanya  mampu diamkan sahaja! Tak perlu semakkan kepala. Cubalah lupakan benda yang sudah berlalu.

*korang rasa ayat aku pelik dalam post kali nie? Aku hanya mengikut kata hati dan akal fikiran yang hanya sementara. Maafkan aku kalau korang rasa menyampah. Tak semua sukakan kita, dan takde yang sempurna dimuka bumi Allah ini. Terima kasih :)

No comments:

Post a Comment